Salam..nak mula dari mana pun saya tak tau..nak cerita serba sedikit tentang keadaan Syria skrang nie.. penulisan nie di buat bertarikh 15/5/2011..sekarang nie keadaan di Damascus iaitu ibu negara Syria masih dalam keadaan aman, tetapi tiap-tiap hari jumaat masih ada rakyat yang buat demontrasi(pro demokrasi)..keadaan di Damascus boleh dikatakan aman tetapi sekeliling nya amat teruk.. banyak demontrasi yang dibuat dan mengakibat kan banyak kematian , boleh dikatakan hampir 1000 orang yang mati..di antara tempat-tempat demonrasi berlaku adalah dar’a,homs,lazakia…Dan sudah ramai rakyat Syria yang sudah lari ke sempadan, contoh nya di dar’a rakyat lari kan diri ke lubenon, di lazakia rakyat lari kan diri ke turki…seperti di turki, kerajaan turki siap menempatkan satu penempatan pelarian untuk rakyat Syria… Di Damascus pula pihak kerajaan mengawal seketat-ketatnya dengan polis dan juga askar..kalau di setiap jalan nak masuk ke Damascus boleh dikatakan ada 5 atau 6 sekatan, memang dikawal rapi, kalau nak tau, boleh dikatakan ramai lah juga rakyat Damascus atau Syria adalah SB tapi tak tahu lah bilangan nya berapa.…Jadi atas sebab tu juga lah di Syria lagi-lagi Damascus sukar berlaku nya demontrasi(pro demokrasi).

Dekat sini saya nak bagitau,kejadian ni berlaku di Damascus, baru je seminggu lepas ada tiga orang rakyat Malaysia(pelajar) ditangkap oleh askar Syria.semasa mangsa menaiki teksi, teksi mangsa di tahan oleh askar Syria dan meminta passport, tetapi mangsa gagal menunjukkan passport, kerana tertinggal dekat rumah…lepas pada itu mangsa 3 orang tu kena tangkap, sekali dengan pemandu teksi pun kena. Dan ditahan di penjara..selama seminggu mangsa ditahan, lepas 4 hari baru kami tahu yang mereka ditahan di penjara..menurut mangsa mereka ditahan di dalam satu bilik kecil bersama kira-kira 40 orang arab lain yang buat demontrasi, dan mangsa di bantai teruk-teruk, diterajang,dipukul dan sebagai nya.. ..menurut mangsa lagi orang-orang arab yang buat demontrasi(pro demokrasi) yang ditahan, lagi lah teruk kena pukul,dilibas dengan kabel,macam-macam lagi….tetapi 3 orang rakyat Malaysia(pelajar) yang menjadi mangsa ni..tidak membuat apa-apa salah pun, di tahan dan di pukul sebegitu teruk..masyaAllah..kesimpulan yang boleh dibuat, kerajaan Syria sekarang ni, amat-amat lah mempertahan kan…dan menjaga rapi damascus(sampai kan orang luar yang tak bersalah pun kena) , dan rakyat Malaysia yang lain perlu lebih berhati-hati lagi, kita tak menjangka apa yang boeh berlaku dalam keadaan Syria yang kacau sekarang ni….(sedikit cerita daripada saya- http://www.truthtube.wordpress.com)…

Advertisements