Pelbagai pihak mempertikaikan projek Email 1 Malaysia ini. Dari segi keutamaannya, Exco kerajaan negeri Selangor, Rodziah Ismail mempertikaikan kenapa habiskan wang untuk email sedangkan yang diperlukan rakyat adalah ekses kepada internet.

Baru-baru ini, kerajaan melalui Pemandu, memberitahu, email yang kononnya percuma ini akan dikenakan pula bayaran kepada agensi-agensi kerajaan. Menurut satu sumber lain, kadar yang dijangka adalah 50 sen setiap satu email.

“Najib mahu rakyat percaya bahawa syarikat yang hampir bangkrap iaitu Tricubis Berhad yang diberikan kepercayaan untuk membangunkan projek email satu Malaysia akan mengeluarkan dananya sendiri.

“Najib mahu rakyat percaya syarikat yang mengalami masaalah kewangan ini akan mengeluarkan belanja RM50 Juta sebagai projek amal untuk kerajaan Satu Malaysia.

“Apa yang jelas, terbukti najib menipu rakyat secara terang-terangan. Email yang kononnya percuma rupanya akan dikenakan bayaran kepada agensi-agensi kerajaan,”