Archive for May 12th, 2011

‘Konspirasi Kristian’: KDN hanya tegur Utusan

Akhbar Utusan Malaysia milik Umno hanya dikenakan surat teguran berhubung laporan muka hadapannya ‘Kristian agama rasmi?’ pada Sabtu lalu yang “didapati menggemparkan fikiran orang ramai.”

Satu kenyataan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan bahawa surat teguran berkenaan diserahkan kepada ketua pengarang kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Aziz Ishak.

Tindakan Utusan menyiarkan berita sedemikian tanpa menyiasat sendiri kesahihannya atau pun mendapatkan penjelasan serta merta daripada pihak Gereja didakwa pelbagai pihak jelas tidak bertanggungjawab dan melanggar prinsip-prinsip asas kewartawanan.

ape nie…! takkan teguran jew yg dibuat oleh (KDN)..Ini satu isu yang besar..yang melibatkan agama.. isu yang sangat sensitif..boleh melibat kan pergaduhan agama di malaysia..sepatutnya di dakwa di bawah akta hasutan, di bawa ke mahkamah dan dibicarakan..!!!

Guan Eng seru Hishammuddin tindak keras terhadap Utusan

ya Allah…selamat kan lah malaysia..daripada semua ancaman,fitnah dan sebagai nya..Nau’zubillah..
hishammudin..ape lagi..dah mengaku tu kan, yang laporan adalah palsu..ambil tindakan kat utusan!!(ke sama je ngan utusan)…hurmmm(cakna2!!)

Isu sensitif: Konspirasi Umno dan Utusan

Sedar lah semua rakyat malaysia(bagi sesiapa yg tak sedar tu laa)……apa laa lagi..kerja2 jahat dan politik kotor barisan nasional nie…Nau’zubillah..moga2 Allah melindungi Malaysia..amin